Monday 18 April 2011

PANDUAN UJIAN MEDSI

Coretan Gediks cikNinie pada Monday, April 18, 2011

  • SEMAKAN
  •  panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.

          Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.
  • NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  • TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.
  • Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.
  • Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.
  • Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.
  • Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.
  • Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.



  • Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).


PEMBERITAHUAN!!

Perlu diingatkan bahawa UJian Medsi merupakan ujian personaliti,BUKANLAH ujian mengenai kos yang korang dapat..

Korang perlu menjawab 300 soalan dalam masa 1 jam. Oleh itu jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab setiap soalan. Korang perlu konsisten dalam menjawab setiap soalan tu.

Sesiapa yang telah mengambil Ujian MunSyi akan merasakan soalan ni kacang gile sebab soalan MedSi dan MunSyi ala-ala aje..so,jangan risau ye.

Tahun lepas,kami dapat panggilan untuk Ujian Medsi,TIDAK DISERTAKAN dengan kos. Kos yang kita dapat hanya diberitahu semasa panggilan Interview. Tahun ni berbeza.

Walaupun secara zahirnya soalan yang diutarakan adalah nampak kacang a.k.a senang gila,namun JANGAN LEKA dan JANGAN BUAT SAMBIL LEWA. Kerana setiap soalan memberikan takrifan tentang diri kita. 

Ingat!

Ujian ini menekankan tahap perwatakan,disiplin,kepimpinan,minat kerjaya,nilai integriti serta kecerdasan emosi.

Jangan menjawab ikut suka kite je..Berfikir sebagai seorang guru ketika menjawab ini..Bukan menjawab mengikut emosi..Rasional dan tenang..

Banyak soalan perangkap,so hati-hati agar tidak termasuk jerat! 
Contoh: "Guru boleh bercinta dengan pelajar" 
Setuju atau Tidak Setuju..
Jawapannya ialah TIDAK SETUJU!
*walaupun pada hakikatnya memanglah jodoh di tangan Tuhan,tapi Sebagai guru,ada batas dan etika..Bercinta dengan pelajar adalah dilarang..

Oklah..ni contoh soalan..
(copyright)



boleh klik untuk tumbesaran..


Buatlah yang terbaik ye korang..
Akak doakan korang dapat menjalani ujian dengan tenang,seterusnya mendapat panggilan temuduga dan mendapat tempat di IPTA.

Ni akak ade sediakan Link-link yang mungkin korang boleh usha ye..



Link untuk panduan KOD Kos,klik link dibawah..



Kepada sesiapa yang masih belum check Medsi,boleh la KLIK sini..


Ok!

Sekian!


p/s: teringat pulak zaman aku dulu..Excited,cuak dan macam lagi perasaan sebab tunggu,dapat dan lepas ke interviu..huhu




                                                              

    0 org shomel komen post cikNinie:

    Post a Comment

     

    Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review