Thursday 21 March 2013

SPM..6 Tahun Dah Berlalu..

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, March 21, 2013 0 org shomel komen post cikNinie
SPM

Tahun 2007 adalah tahun aku ambik SPM ni..
Fuhhh...banyak memori pahit manis tawar masam masin waktu ni..
Banyak yang memberi seribu gelak tawa, air mata , air liur dan macam macam lagi..

Aku nak bercerita tapi nanti tak siap pulak esaimen aku..
Hah! nampak tak kat situ? memang panjang cerita nya tau...
Takpelah..aku letak gambar je la...nanti free free aku topap cerita aku ni...
Kate orang 1 gambar memberi beribu makna kan?
So..huraikanlah makne makne daripada gambar gambar aku ni..huhuhu
Aku la ni... =_="

Geng Siku Lipat..Style kan name geng kitorang? :D


Pelajar yang amek subjek SPN (KH)



Aku dapat no 3 melukis???

Mak aku pon boleh terkejut! Tangan tak seni kot..hahaha..
Alhamdulillah rezeki...huhuhu
.
.
.
.
Buat mase ni,ni je la gambar yang aku boleh selitkan...

Rindu kawan kawan..

Semoga kita boleh berjumpe lagi!

^__^


Thursday 14 March 2013

RIndu Kalian!

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, March 14, 2013 0 org shomel komen post cikNinie
Aku cuma rindu mereka ni...
Sahabat susah senang aku dari bangku sekolah..
Bertahun-tahun aku berkawan dengan mereka..
Bergelak ketawa,menangis..Suka duka banyak bersama..
Seronoknya saat tu..Sentiasa ada untuk bergembira,belajar,bermain..
Aku rindu..rindu saat itu..rindu semuanya tentang mereka..
Bagi aku,selepas family aku,merekalah antara insan yang terpenting dalam hidup aku..
Sabahat..Sahabat yang sentiasa ada waktu aku memerlukan..
Sahabat yang sentiasa memberi kekuatan apabila aku lemah..
Sahabat yang tidak pernah hilang namanya dari hati aku..

Sekarang,masing-masing dah berpisah untuk terus mencari ilmu..
Aku di Penang..Aku takut tidak menjumpai sahabat seperti kalian di sini..
Alhamdulillah,syukur kerana di sini pun aku mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti kalian..
Mereka menjaga aku,membantu aku,sentiasa ada di sisi aku ketika susah dan senang persis seperti kalian..

Tidak dinafikan,Kita masih tidak dapat berjumpa dengan kerap seperti dulu...
Waktu aku di rumah ketika cuti,tak dapat selalu berjumpa kalian..
dan aku yakin dan harap kalian faham situasi aku..Maafkan aku..Maafkan aku..

Terima kasih Sahabat kerana menerima insan ini menjadi Sahabatmu..
Terima kasih Sahabat kerana sentiasa menjadi tongkat dikala aku jatuh dan lemah..
Terima kasih untuk segala-galanya..

Semoga hubungan persahabatan kita kekal sehingga ke Syurga..
Semoga Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada kalian di dunia & akhirat kelak..amin~

Along-AiAi-Jajot-Eca

 


Sem 6 di USM

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, March 14, 2013 0 org shomel komen post cikNinie
Pfttttt~!!
Ini yang aku boleh cakapkan selepas berzaman aku tak menulis..
Ekceli aku memang tak menulis ye..aku menaip! :p 
Penuh dah bahagian Draf aku..banyak penulisan yang aku tak publish..asyik terhenti tengah jalan..Aku harap yang ni pun takdelah terhenti tengah jalan ye..huhu

Sem ni merupakan sem ke-2 untuk Sidang ke 3..Maknenye aku dah 3 tahun menuntut kat sekolah pondok ni..Sekolah pondok mane?? Laaa..sekolah pondok mane lagi kat Penang ni...USM la punn! haha..
Ade lagi setahun untuk aku menuntut kat sekolah ni.. *insyaAllah tak repeat ye..
Family aku dah bising dah,apsal aku belajo lame sangat..tak habes-habes..Salah aku ke kalau tak habes-habes? Salah orang atas la buat kos pendidikan sampai 4 tahun..wahahaha..ampunnn! gurauan ye encekk...takde niat serius pun..kihkihkih..


Ok..Sekarang dah sebulan untuk sem baru ni...
Disebabkan kelas aku ni 2 hari je seminggu,dah 2 kali aku balek rumah...
Bestnyeeeeeeeeeeee!!!
Memanglaa..aku balek pun sebab kawan-kawan aku keje part time..

Mak Chantek aku pun belikan tiket balik setiap minggu...

Minggu lepas aku dah balek,sekarang ni aku tengah hitung jam untuk balek lagi!

HAHAHA!
Esaimen berlambak..terpakse la buat kat rumah..

Aku pun malas taip panjang-panjang...nanti aku update lagi ye..
Adiosss! 


 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review