Thursday 20 October 2011

Lelaki,Kau HOT jika kau..........................

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, October 20, 2011 1 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..
.
.
Aku nak kongsikan jenis-jenis lelaki yang HOT pada pandangan aku dan juga bancian yang telah aku lakukan secara rawak terhadap orang sekeliling aku..Huhu..Bersyukurlah anda jika anda ada dalam kalangan jenis-jenis ini kerana anda tidak semestinya emsem namun masih digilai para wanita..wahahahaha!


1) Suka Kanak-Kanak
Lelaki yang suka budak-budak adalah lelaki yang HOT sebab secara tidak langsung ladies da cop korang sebagai lelaki yang penyayang..daan lelaki yang tak suka kanak-kanak tu,cuba-cuba la untuk menyukai kanak-kanak ye..sebab korang TAK HOT kalau korang tak suka kanak-kanak...Siyes aku terharu tengok lelaki yang suka kanak-kanak. Bukan semua orang suka akan kanak-kanak. Bagi Aku yang suka sangat kanak-kanak,aku memang tabek lelaki yang suke kanak-kanak..pada mata aku,Ko memang HOT bro!! ^_^


2) Suka Binatang
wahhh~ lelaki tu suka kucing laa..comelnye..kalau korang tak kacak mana pun,bila korang caring terhadap binatang,ladies akan melihat korang seorang yang comel-comel dan penyayang..sweet je kan..huhu.. Family aku semua suka binatang termasuk Abah Kacak,abang & adek lelaki aku. So,aku memang pandang diorang HOT! apetah lagi yg bukan family aku,mestilah aku nampak korang HOT oke! haha

3) Baik dengan Family
Ade sesetengah orang macam tak suka dengan perkataan 'Anak Mak',tapi aku ok je dengan tu sebab daripada tu kita boleh nampak hubungan yang mesra dan luar biasa antara lelaki tu dengan Mak dia..tapi jangan nak manja sangat sampai boleh nangis teruk sangat la kan..hihihi.. Big bro yang rapat dengan adik-adik pun aku suke tengok..memang HOT oke! Aku yakin ramai jugak wanita kat luar sane suka jugak..huhu..

4) Tak Merokok
Hah?? Merokok tu HOT ke?? Sebab kena asap,memang la HOT~ tapi sebenarnya TAK HOT oke?? Kalau korang tak merokok,siyesly korang HOT GILER oke! Ok fine..Paling tidak pun kan,kalau betol pun korang merokok,tapi korang merokok jauh daripada orang ramai,korang masih HOT laaa...sebab korang masih dianggap menghormati orang sekeliling dan korang sayang orang sekeliling korang..Takdelah membangga merokok depan kitorang,pastu sembur-sembur asap kat muke kitorang..Perghh!! memang rasa nak kaki je!! Elok-elok paru-paru kitorang ok,terus dicemari! Bikin HOT hati je kann~ My dad smoking,but dia tak merokok depan isteri dan anak-anak...SO,My Dad Hot oke? (abes,nak halang? sejak remaja dah sebati dengan rokok..susahnye masalah..Tapi dah kurang sikit la,alhamdulillah..so,aku sentiasa doakan kesihatan Abah Kacak aku baik-baik je..)

5) Ramah dengan Orang Tua
Korang tak kenal pun pakcik/makcik tu..tapi korang masih bertegur sapa dengan mereka,bertanya khabar. Dari situ,kami akan nampak korang HOT! sebab korang tak kerek! tak poyo..dan ramahh~ very like! hahaha..nampak tak? kalau korang boleh ramah dengan mereka ni,kami akan nampak yang korang akan mudah mesra dengan ibubapa kami..so,kami memang menitikberatkan hubungan teman dengan parents kami..So,korang HOT oke bile ramah tuu~ :)

6) Tak Berkira
Tak berkira ni besar pengertiannye..sama ada korang tak berkira dari segi kewangan,tenaga dan sebagainya. Contohnya la kan,kami tak cukup RM1 untuk bayar sesuatu pastu tetiba korang pinjamkan RM1 dan tindakan itu dianggap HOT oke! hahahaha..tapi takdelah aku harap benda tu..tu je contoh yang terlintas kat kepalahotak aku sekarang ni..HAHA! Tenaga,contohnye ada waktu kesusahan yang memerlukan bantuan daripada korang,korang tak kisah untuk membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan,korang siyesly HOT!!!

7) Senyum
Ladies ni biasanya segan untuk senyum kepada orang yang tidak dikenali. Tapi macam aku,kalau boleh dengan semua orang aku nak senyum,tapi aku mestilah segan kan. Aku pernah dengar lelaki cakap yang perempuan Melayu kerek,muka masam..perghh!! abes,takkan korang nak kitorang senyum kat korang secara tetiba kann~ nanti korang jugak pelik dan perasan kitorang ni nak gode korang pulak kan.. Tapi kan,ada member lelaki yang sentiasa senyum,dan kalau terserempak je,mesti senyum..tak kesahlah yang tak kenal ke,kenal ke,sesungguhnya Korang memang HOT!! *aku ikhlas oke~

8) Pakai Kain Pelekat
HAHA..aku segan pulak tetiba kan..tapi,aku memang rasa korang kalau pakai kain pelekat,memang HOT GILER okeh!! kalau hari jumaat tu kan ramai orang berpusu-pusu ke masjid untuk solat Jumaat kan,ramai la yang pakai kain pelekat,wahh! terpampang keHOTan korang..Hahaha *oke! aku xusha ok..dah ternampak,pandang je la..lalalalalaaa~

Actually banyak lagi yang membuatkan korang HOT..terutamanya bab agama..tapi entri ni aku tak masukkan sebab tu kompom memang HOT!! aku juz bagi sampingan-sampingan je ni..hahahaha..

Siyesly,untuk para lelaki..anda kacak! anda hensem! walau anda ade ciri-ciri ini..para wanita bukan macam lelaki yang tengok luaran je! (mungkin ade,tp xseramai lelaki..HAHA) so,kalau anda ade ciri2 di atas..siyes anda HOT weyh!! 

Ingat k,walau ape bentuk badan,rupa paras,ketinggian ke hape ke,jangan risau..
Taste setiap orang berbeza! hahahaha..
InsyaAllah..jodoh tu ada,Allah dah tetapkan untuk kita..

Lagipun,ni bukan untuk mencari pasangan ke hape..
Aku sekadar nak puji kawan-kawan lelaki aku yang HOT! hahahaha

Beb,
Kalau kau pernah rasa diri kau tak setanding orang lain,
Lebih baik kau jangan pikir macam tu lagi..
Setiap orang berbeza ok..
Jangan sentiase merendah-rendahkan diri kite sendiri..
Kite same-same memperbaiki kelemahan dalam diri kite,
bukan menjatuhkan diri kite,bukan berputus ase terhadap diri kite..
Kite kena yakin pada diri kite!!! 

Chill! Chill! Chill weyhh!! hahahaha

Jangan mematikan Hati selagi Allah belum mematikan kite.. ^_^


kbai! Esaimen aku tergendala lagi! HAHAHAHa!

Salam.. 




kakinota: semua manusia same je di sisiNya.. :)

Wednesday 19 October 2011

Semua orang TERDEDAH dengan MAsalah Pendengaran!! Alert!!

Coretan Gediks cikNinie pada Wednesday, October 19, 2011 5 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..
.
.
Hye korang! Aku ade ilmu nak kongsi dengan korang ni..
Sharing is caring rite??

So,disebabkan aku sayang korang,aku pun curik masa esaimen aku untuk tulis entri ni...hehehe..
Aku dapat info ni semua daripada Dr Aznan dari kelas Masalah Pendengaran kitorang..
.
.
.



@ Selesema yang berpanjangan boleh menjadi penyebab masalah pendengaran kepada kanak-kanak (oleh itu,para ibubapa jangan ambil mudah dengan selesema anak-anak)
-kalau boleh,apabila kanak-kanak dah menunjukkan tanda-tanda demam,bagi mereka minum air hangat dan bagi ubat terus,insyaAllah demam pun tak jadi.. :)

@ Pekak tidak semestinya bisu,dan bisu tak semestinya pekak.
- mereka yang pekak masih mampu bercakap. lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai masalah pendengaran yang berbeza. Mereka juga boleh belajar cakap melalu lipreading.. :)

@ Pasangan pekak+pekak dan melahirkan anak yang normal,hendaklah memberi anaknya dibela atau dijaga oleh orang yang normal agar bahasa mereka tidak terganggu.
-Untung-untung anaknya boleh belajar 3 bahasa kan? bahasa melayu,bahasa isyarat dan bahasa lain.. :)

@ Masalah pendengaran yang teruk,digalakkan membaca bibir.
-[Fakta] Polis luar negara diwajibkan untuk belajar membaca bibir untuk memudahkan membaca bibir penjenayah dari jarak jauh.. :)

@ Bacaan bibir (english) lebih mudah berbanding Bahasa Melayu kerana BM bnyk tatabahasa...

@ Kelas yang sesuai untuk pelajar yang bermasalah pendengaran amat teruk adalah bilik yg kedap udara..
- tray telur(bekas telur  30 biji tu) ditampal sekitar bilik..dapat mengurangkan pantulan bunyi..

@ Jangan korek telinga menggunakan Putik Kapas dan besi Pengorek telinga kerana ianya boleh mengakibatkan kesan negatif kepada telinga.
- Putik kapas:: semakin ditolak putik kapas ke dalam telinga,tahi telinga akan berkumpul dan tersumbat.
- Besi pengorek telinga:: perasan tak kalau tahi tu macam keras sikit,kite akan cube untuk mengorek dengan lebih keras? sebenarnya ia bahaya sebab ianya akan menyebabkan kemerahan yang boleh mendatangkan radang serta menjadikan telinga dijangkiti kuman..ianya akan memberi kesan jangka panjang..

@ Telinga kita diciptakan dengan penyucian kendiri.
-bermaksud ianya akan dicuci sendiri secara semulajadi...ketika kite mandi dsb..
-Beli la penitis khas untuk telinga jika rasa telinga tu banyak noh taik telinge.. XD

@ Kalau telinga kite masuk air,ade macam bubble kan?? hah! tu tak elok tu..kalau rasa macam tu,hilangkan semua dengan masukkan air dan keluarkan balek air tu..nanti kita akan rasa air tu panas je kan? tu la suhu dalam telinga kita.. Bubble tu bahaya sebab ianya memberi tekanan dalam telinga kita..

@ Telinga kita ni halus dan nipis je dalam tu,so kite ni yang kene jage dengan baik.. :)

@ Kalau telinga masuk serangga/semut,letaklah kapur sireh belakang telinga..nanti diorang akan berasa panas dan keluar balek dari telinga kite..

@ Kita juga boleh titiskan minyak kelapa ke dalam telinga untuk buang serangga tu..tapi ingat,JANGAN letak minyak panas..tak elok~

@ Kalau kite bersin,JANGAN tutup hidung..sebab ianya akan memberikan tekanan kepada telinga.

@ Bersin - Menghilangkan kotoran dan penyakit.. so,bersin lah dengan bahagianya k! :))

@ Hembuns hingus yang terlalu kuat jugak akan menyebabkan kerosakan kepada telinga..

@ Sesiapa yang berasa 'bengong' di telinga ketika menaiki flight,itu bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran. Ini kerana anatomi telinga mereka bermasalah. Keseimbangan badan turut bermasalah..huhu~
- Sebelum naik flight tu,pergilah beli ubat telinga kat farmasi..ada jual~ :)

@Bertindik di tulang telinga(bukan cuping bawah) akan menyebabkan pendengaran bermasalah..
-contoh terdekat,cube kite piat telinga kite,mase tu pendengaran kite akan something wrong sekejap!! heuhuhuhu

@ Mendengar muzik yang terlalu kuat (gune earfon) mengundang masalah pendengaran..

Ni slide dalam kelas aku tentang dB bunyi disekeliling kita..




Paham tak slide ni?? Kalau tak paham boleh la tanya aku ek..
Aku pun tak tau nak explain ape je ni..huhu~




Oleh itu,sayangi telinga kite k..

Bila aku belajar lebih pasal telinga ni,aku sendiri cuak dan rasa bersalah sebab tak jaga telinga aku dengan baik selama ni..Banyak perkara remeh yang kita tak perasan yang ianya akan memberi kesan negatif kepada telinga kita.

ye,mungkin kite tak kan pekak atas sebab yang kecik-kecik tu..
Tapi kita perlu ingat,kita tak tahu sampai bila kita hidup..
kalau umur kita panjang,umur 40 pulak kite mempunyai masalah pendengaran,nak ke kita??

Oleh sebab tu,kita jangan memandang remeh terhadap telinga kite..
Jangan ia dengan baik..


Aku tak buat entri ni secara tersusun sebab aku tulis ape yang aku catat dalam kelas dan apa yang aku ingat pensyarah aku cerita dalam kelas tu.. 
Aku harap ilmu yang aku dapat ni boleh kite manfaatkan sama-sama..

Kbai~

Assalamualaikkum :)



kakinota: seronok belajar bahasa isyarat! ^_^

Shooting~!! wahh! retisss siott!!

Coretan Gediks cikNinie pada Wednesday, October 19, 2011 0 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..
.
.
.
Hye!!
Fuhhh...hari ni memang aku lega ar..
sebab shooting kitorang dah selesai..hanya perlu tunggu ditonton je..
Lepas deepavali ni,keluar tv la..huhuhu...
..
.
.
.
Shooting ape??
aku kan retiss..opcos la filem berjuta-juta..HAHA!
demm! rase bersalah pulak menipu...hahahaa..

Actually,hari ni,aku dengan member-member aku buat rakaman microteaching untuk subjek PGT..
Aku,Ding,Maknga,Anyoh & Jidot tak lupe jugak Akim...
Brian ngan Jali tolong gak..Tenkiu Jali! Tenkiu Brian! :)

Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..

Gile ah! nak terkencing aku..gugup kann~ *retis baru,gugup laa..HAHA

Aku mengajar tentang lampu isyarat..
Waseyhh~!! terjadi lain daripada rancangan asal,tapi alhamdulillah ok gak..
member-member aku pun beri komitmen yang baik semasa jadik students aku.. :)

Aku malas nak taep panjang-panjang,kompom malas nak bace..hahaha

Gambar merungkaikan segalanya..hahaha..


Ni la persiapan untuk aku mengajar..simple je kan..huhuhu
Aku ada ajar menyanyi jugak..
Ehem2~ lupe ke? suara aku dengan Ct Nurhaliza kan ala-ala je..
Ct paling sedap,aku paling hancur! 
hahahaha~


Ni la bahan yang aku sediakan untuk mengajar..
ok fine! 
AKu memang tak pandai lukis sejak azali.. =_="

*ehem2~ pesbuk itu ada di mana-mana.. :p


Tengok ni,hasil kertas-kertas lebih dan terbuang,terjadilah rumah & pokok yang pelik..huhuhu 
XD

Kalau perasan,aku tampal 2 menatang ni kat papan puteh.. 
bersebelahan jalan raya.. :)



Maknga,Jidot,Ding & ANyoh sedia utk menjadi student aku.. :)


Maknga~ <3


Sekarang ni,turn aku pulak jadi student Anyoh!


Diorang pun macam aku,pantang nampak kamera! huhuhu


Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar hari ni..
dan hari ni merupakan hari yang sangat memenatkan..

Semoga esok menjadi lebih baek dari hari ini..

Actually ada gambar lagi yang aku nak masukkan,tapi line macam haremm~
Nak berpesbuk pun tunggu 2 tahun baru dapat bukak profile sendiri..
Demm gile ar..adoii..

Takpelah..nanti aku update lagi laa..

Kata pujangga hari ini,
Bak kata pensyarah aku, "Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa."

Renung-renungkan..

Assalamualaikum..

kbai! :)





Monday 17 October 2011

Jom Gelak Kejap~!! XD

Coretan Gediks cikNinie pada Monday, October 17, 2011 0 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..

Aku dah kembali rajen menulis kat belog ni kan..
Sebenarnya menulis entri ni mengikut mood gak..
Yelaa,kalau aku ikut mood laa..aku bukan retis belog..so,
memang ikut mood la..ade,adelaa..takde,takde laa..huhuhu

Tetibe aku nak kongsi lawak ni..
Siyes aku boleh gelak banyak kali bile bace lawak ni..hehehehhe

Soalan² bangang yang kadang² buat orang bengang.

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !

7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni ! =.='





HAHAHAHa!

Lawak kannn?? hahahahaha..

Selamat bergelak ketawe!! XD




Saturday 15 October 2011

Gemok bukan penghalang untuk ber-SHAWL~!!!

Coretan Gediks cikNinie pada Saturday, October 15, 2011 2 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..
Hye-hye ladies~!!

Aku nak buat entri banyak-banyak malam ni..hehehehe..
Pedulik apa aku kann..
hihihihi...

Hah..gemok bukan penghalang utk ber-shawl~!!
Sem ni je,aku tak pernah lagi pakai shawl..ntahla..rasa dah tua kot...
so,asyik la pakai tudung sarung..kuikuikui~

Tapi sebenarnya aku macam segan gak sebab badan aku dah naik sangat ni..
so,malas nak paki shawl..nanti bertambah bolat kelihatannya..

Tapi tetiba,aku nak keluar ngan member-member aku..
Tengok member aku pakai shawl macam cun aje kan..
Pastu Miza(member aku yang pakai shawl) paksa aku pakai shawl yang dia baru beli..
Perghhh!! berbangga aku sebab dia tak rasmikan lagi shawl santek dia tu..
Aku pulak yang merasmikan..hehehe..

Lilit punye lilit..memang bantai dan hentam keromo laaa..biaq pi laa..
Aku tak peduli..taram je laa..huhu..

Hasilnye pon menjadi seperti..............................jeng3x~
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Cume aku ingatkan..
Kalau badan gendut macam aku ni,elakkan bershawl & berpashmina di tengahari bute,
BERPELUH weyhhh!!

AKu berani bershawl ni pun malam..so,takde la berpeluh sangat..
Panas kot kalau tengahari..
Nanti kite jugak tak selesa..
Kite ni boleh nak bergaya...
Asalkan selesa dan tidak menyakiti diri kite sendiri..huhuhu

Selamat bergaye kawan-kawan! ^_^

Hanya tudung sarung.. :)

Coretan Gediks cikNinie pada Saturday, October 15, 2011 0 org shomel komen post cikNinie
Assalamualaikum..
Agak-agak dah berape lame aku tak post samtink ek??
Lame gak laa..Aku bukan malas tau..
Aku dah taep dah..dah edit post,tapi tak publish pon..huhuhu
Kenape??
Ntahla labuuu...banyak cerita yang aku malas nak keluarkan..
huhuhuhu~

Sekarang ni..
Aku nak story mory sikit pasal sem baru aku kat Uni aku ni..
Aku tak nak story banyak-banyak,sebab kompom korang bukan suke membace sangat..haha..
SO,aku selitkan gambar-gambar je la ye.. :)












Ape yg korang perasan pasal aku??
bertambah gemok??
Adoii..bukan itu yang aku harapkan jawapan korang.. =_="

Aku pakai tudung sarung je laaaa!!!
Hahahaha..

pemalas?? bukan dohhh...aku cume kurang rajen nak pakai tudung bawal..
Aku bawak tudung sarung banyak..pakai je laa..huhuhuhu

Shawl?? 
memang dah lame tak pakai..huhuhuhu

Tak kisahlahh..cun gak kan??
wakakakak..
perasan taik itik aku ni!!.hahahaha

Tu serba sedikit la kegedikan aku & kawan-kawan aku kat uni ni...
^__^

kbai! :p
 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review