Thursday 20 October 2011

Lelaki,Kau HOT jika kau..........................

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, October 20, 2011
Assalamualaikum..
.
.
Aku nak kongsikan jenis-jenis lelaki yang HOT pada pandangan aku dan juga bancian yang telah aku lakukan secara rawak terhadap orang sekeliling aku..Huhu..Bersyukurlah anda jika anda ada dalam kalangan jenis-jenis ini kerana anda tidak semestinya emsem namun masih digilai para wanita..wahahahaha!


1) Suka Kanak-Kanak
Lelaki yang suka budak-budak adalah lelaki yang HOT sebab secara tidak langsung ladies da cop korang sebagai lelaki yang penyayang..daan lelaki yang tak suka kanak-kanak tu,cuba-cuba la untuk menyukai kanak-kanak ye..sebab korang TAK HOT kalau korang tak suka kanak-kanak...Siyes aku terharu tengok lelaki yang suka kanak-kanak. Bukan semua orang suka akan kanak-kanak. Bagi Aku yang suka sangat kanak-kanak,aku memang tabek lelaki yang suke kanak-kanak..pada mata aku,Ko memang HOT bro!! ^_^


2) Suka Binatang
wahhh~ lelaki tu suka kucing laa..comelnye..kalau korang tak kacak mana pun,bila korang caring terhadap binatang,ladies akan melihat korang seorang yang comel-comel dan penyayang..sweet je kan..huhu.. Family aku semua suka binatang termasuk Abah Kacak,abang & adek lelaki aku. So,aku memang pandang diorang HOT! apetah lagi yg bukan family aku,mestilah aku nampak korang HOT oke! haha

3) Baik dengan Family
Ade sesetengah orang macam tak suka dengan perkataan 'Anak Mak',tapi aku ok je dengan tu sebab daripada tu kita boleh nampak hubungan yang mesra dan luar biasa antara lelaki tu dengan Mak dia..tapi jangan nak manja sangat sampai boleh nangis teruk sangat la kan..hihihi.. Big bro yang rapat dengan adik-adik pun aku suke tengok..memang HOT oke! Aku yakin ramai jugak wanita kat luar sane suka jugak..huhu..

4) Tak Merokok
Hah?? Merokok tu HOT ke?? Sebab kena asap,memang la HOT~ tapi sebenarnya TAK HOT oke?? Kalau korang tak merokok,siyesly korang HOT GILER oke! Ok fine..Paling tidak pun kan,kalau betol pun korang merokok,tapi korang merokok jauh daripada orang ramai,korang masih HOT laaa...sebab korang masih dianggap menghormati orang sekeliling dan korang sayang orang sekeliling korang..Takdelah membangga merokok depan kitorang,pastu sembur-sembur asap kat muke kitorang..Perghh!! memang rasa nak kaki je!! Elok-elok paru-paru kitorang ok,terus dicemari! Bikin HOT hati je kann~ My dad smoking,but dia tak merokok depan isteri dan anak-anak...SO,My Dad Hot oke? (abes,nak halang? sejak remaja dah sebati dengan rokok..susahnye masalah..Tapi dah kurang sikit la,alhamdulillah..so,aku sentiasa doakan kesihatan Abah Kacak aku baik-baik je..)

5) Ramah dengan Orang Tua
Korang tak kenal pun pakcik/makcik tu..tapi korang masih bertegur sapa dengan mereka,bertanya khabar. Dari situ,kami akan nampak korang HOT! sebab korang tak kerek! tak poyo..dan ramahh~ very like! hahaha..nampak tak? kalau korang boleh ramah dengan mereka ni,kami akan nampak yang korang akan mudah mesra dengan ibubapa kami..so,kami memang menitikberatkan hubungan teman dengan parents kami..So,korang HOT oke bile ramah tuu~ :)

6) Tak Berkira
Tak berkira ni besar pengertiannye..sama ada korang tak berkira dari segi kewangan,tenaga dan sebagainya. Contohnya la kan,kami tak cukup RM1 untuk bayar sesuatu pastu tetiba korang pinjamkan RM1 dan tindakan itu dianggap HOT oke! hahahaha..tapi takdelah aku harap benda tu..tu je contoh yang terlintas kat kepalahotak aku sekarang ni..HAHA! Tenaga,contohnye ada waktu kesusahan yang memerlukan bantuan daripada korang,korang tak kisah untuk membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan,korang siyesly HOT!!!

7) Senyum
Ladies ni biasanya segan untuk senyum kepada orang yang tidak dikenali. Tapi macam aku,kalau boleh dengan semua orang aku nak senyum,tapi aku mestilah segan kan. Aku pernah dengar lelaki cakap yang perempuan Melayu kerek,muka masam..perghh!! abes,takkan korang nak kitorang senyum kat korang secara tetiba kann~ nanti korang jugak pelik dan perasan kitorang ni nak gode korang pulak kan.. Tapi kan,ada member lelaki yang sentiasa senyum,dan kalau terserempak je,mesti senyum..tak kesahlah yang tak kenal ke,kenal ke,sesungguhnya Korang memang HOT!! *aku ikhlas oke~

8) Pakai Kain Pelekat
HAHA..aku segan pulak tetiba kan..tapi,aku memang rasa korang kalau pakai kain pelekat,memang HOT GILER okeh!! kalau hari jumaat tu kan ramai orang berpusu-pusu ke masjid untuk solat Jumaat kan,ramai la yang pakai kain pelekat,wahh! terpampang keHOTan korang..Hahaha *oke! aku xusha ok..dah ternampak,pandang je la..lalalalalaaa~

Actually banyak lagi yang membuatkan korang HOT..terutamanya bab agama..tapi entri ni aku tak masukkan sebab tu kompom memang HOT!! aku juz bagi sampingan-sampingan je ni..hahahaha..

Siyesly,untuk para lelaki..anda kacak! anda hensem! walau anda ade ciri-ciri ini..para wanita bukan macam lelaki yang tengok luaran je! (mungkin ade,tp xseramai lelaki..HAHA) so,kalau anda ade ciri2 di atas..siyes anda HOT weyh!! 

Ingat k,walau ape bentuk badan,rupa paras,ketinggian ke hape ke,jangan risau..
Taste setiap orang berbeza! hahahaha..
InsyaAllah..jodoh tu ada,Allah dah tetapkan untuk kita..

Lagipun,ni bukan untuk mencari pasangan ke hape..
Aku sekadar nak puji kawan-kawan lelaki aku yang HOT! hahahaha

Beb,
Kalau kau pernah rasa diri kau tak setanding orang lain,
Lebih baik kau jangan pikir macam tu lagi..
Setiap orang berbeza ok..
Jangan sentiase merendah-rendahkan diri kite sendiri..
Kite same-same memperbaiki kelemahan dalam diri kite,
bukan menjatuhkan diri kite,bukan berputus ase terhadap diri kite..
Kite kena yakin pada diri kite!!! 

Chill! Chill! Chill weyhh!! hahahaha

Jangan mematikan Hati selagi Allah belum mematikan kite.. ^_^


kbai! Esaimen aku tergendala lagi! HAHAHAHa!

Salam.. 




kakinota: semua manusia same je di sisiNya.. :)

1 org shomel komen post cikNinie:

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review