Aku cuma rindu mereka ni...
Sahabat susah senang aku dari bangku sekolah..
Bertahun-tahun aku berkawan dengan mereka..
Bergelak ketawa,menangis..Suka duka banyak bersama..
Seronoknya saat tu..Sentiasa ada untuk bergembira,belajar,bermain..
Aku rindu..rindu saat itu..rindu semuanya tentang mereka..
Bagi aku,selepas family aku,merekalah antara insan yang terpenting dalam hidup aku..
Sabahat..Sahabat yang sentiasa ada waktu aku memerlukan..
Sahabat yang sentiasa memberi kekuatan apabila aku lemah..
Sahabat yang tidak pernah hilang namanya dari hati aku..
Sekarang,masing-masing dah berpisah untuk terus mencari ilmu..
Aku di Penang..Aku takut tidak menjumpai sahabat seperti kalian di sini..
Alhamdulillah,syukur kerana di sini pun aku mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti kalian..
Mereka menjaga aku,membantu aku,sentiasa ada di sisi aku ketika susah dan senang persis seperti kalian..
Tidak dinafikan,Kita masih tidak dapat berjumpa dengan kerap seperti dulu...
Waktu aku di rumah ketika cuti,tak dapat selalu berjumpa kalian..
dan aku yakin dan harap kalian faham situasi aku..Maafkan aku..Maafkan aku..
Terima kasih Sahabat kerana menerima insan ini menjadi Sahabatmu..
Terima kasih Sahabat kerana sentiasa menjadi tongkat dikala aku jatuh dan lemah..
Terima kasih untuk segala-galanya..
Semoga hubungan persahabatan kita kekal sehingga ke Syurga..
Semoga Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada kalian di dunia & akhirat kelak..amin~
Along-AiAi-Jajot-Eca |
0 org shomel komen post cikNinie:
Post a Comment