Wednesday 19 October 2011

Semua orang TERDEDAH dengan MAsalah Pendengaran!! Alert!!

Coretan Gediks cikNinie pada Wednesday, October 19, 2011
Assalamualaikum..
.
.
Hye korang! Aku ade ilmu nak kongsi dengan korang ni..
Sharing is caring rite??

So,disebabkan aku sayang korang,aku pun curik masa esaimen aku untuk tulis entri ni...hehehe..
Aku dapat info ni semua daripada Dr Aznan dari kelas Masalah Pendengaran kitorang..
.
.
.



@ Selesema yang berpanjangan boleh menjadi penyebab masalah pendengaran kepada kanak-kanak (oleh itu,para ibubapa jangan ambil mudah dengan selesema anak-anak)
-kalau boleh,apabila kanak-kanak dah menunjukkan tanda-tanda demam,bagi mereka minum air hangat dan bagi ubat terus,insyaAllah demam pun tak jadi.. :)

@ Pekak tidak semestinya bisu,dan bisu tak semestinya pekak.
- mereka yang pekak masih mampu bercakap. lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai masalah pendengaran yang berbeza. Mereka juga boleh belajar cakap melalu lipreading.. :)

@ Pasangan pekak+pekak dan melahirkan anak yang normal,hendaklah memberi anaknya dibela atau dijaga oleh orang yang normal agar bahasa mereka tidak terganggu.
-Untung-untung anaknya boleh belajar 3 bahasa kan? bahasa melayu,bahasa isyarat dan bahasa lain.. :)

@ Masalah pendengaran yang teruk,digalakkan membaca bibir.
-[Fakta] Polis luar negara diwajibkan untuk belajar membaca bibir untuk memudahkan membaca bibir penjenayah dari jarak jauh.. :)

@ Bacaan bibir (english) lebih mudah berbanding Bahasa Melayu kerana BM bnyk tatabahasa...

@ Kelas yang sesuai untuk pelajar yang bermasalah pendengaran amat teruk adalah bilik yg kedap udara..
- tray telur(bekas telur  30 biji tu) ditampal sekitar bilik..dapat mengurangkan pantulan bunyi..

@ Jangan korek telinga menggunakan Putik Kapas dan besi Pengorek telinga kerana ianya boleh mengakibatkan kesan negatif kepada telinga.
- Putik kapas:: semakin ditolak putik kapas ke dalam telinga,tahi telinga akan berkumpul dan tersumbat.
- Besi pengorek telinga:: perasan tak kalau tahi tu macam keras sikit,kite akan cube untuk mengorek dengan lebih keras? sebenarnya ia bahaya sebab ianya akan menyebabkan kemerahan yang boleh mendatangkan radang serta menjadikan telinga dijangkiti kuman..ianya akan memberi kesan jangka panjang..

@ Telinga kita diciptakan dengan penyucian kendiri.
-bermaksud ianya akan dicuci sendiri secara semulajadi...ketika kite mandi dsb..
-Beli la penitis khas untuk telinga jika rasa telinga tu banyak noh taik telinge.. XD

@ Kalau telinga kite masuk air,ade macam bubble kan?? hah! tu tak elok tu..kalau rasa macam tu,hilangkan semua dengan masukkan air dan keluarkan balek air tu..nanti kita akan rasa air tu panas je kan? tu la suhu dalam telinga kita.. Bubble tu bahaya sebab ianya memberi tekanan dalam telinga kita..

@ Telinga kita ni halus dan nipis je dalam tu,so kite ni yang kene jage dengan baik.. :)

@ Kalau telinga masuk serangga/semut,letaklah kapur sireh belakang telinga..nanti diorang akan berasa panas dan keluar balek dari telinga kite..

@ Kita juga boleh titiskan minyak kelapa ke dalam telinga untuk buang serangga tu..tapi ingat,JANGAN letak minyak panas..tak elok~

@ Kalau kite bersin,JANGAN tutup hidung..sebab ianya akan memberikan tekanan kepada telinga.

@ Bersin - Menghilangkan kotoran dan penyakit.. so,bersin lah dengan bahagianya k! :))

@ Hembuns hingus yang terlalu kuat jugak akan menyebabkan kerosakan kepada telinga..

@ Sesiapa yang berasa 'bengong' di telinga ketika menaiki flight,itu bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran. Ini kerana anatomi telinga mereka bermasalah. Keseimbangan badan turut bermasalah..huhu~
- Sebelum naik flight tu,pergilah beli ubat telinga kat farmasi..ada jual~ :)

@Bertindik di tulang telinga(bukan cuping bawah) akan menyebabkan pendengaran bermasalah..
-contoh terdekat,cube kite piat telinga kite,mase tu pendengaran kite akan something wrong sekejap!! heuhuhuhu

@ Mendengar muzik yang terlalu kuat (gune earfon) mengundang masalah pendengaran..

Ni slide dalam kelas aku tentang dB bunyi disekeliling kita..




Paham tak slide ni?? Kalau tak paham boleh la tanya aku ek..
Aku pun tak tau nak explain ape je ni..huhu~




Oleh itu,sayangi telinga kite k..

Bila aku belajar lebih pasal telinga ni,aku sendiri cuak dan rasa bersalah sebab tak jaga telinga aku dengan baik selama ni..Banyak perkara remeh yang kita tak perasan yang ianya akan memberi kesan negatif kepada telinga kita.

ye,mungkin kite tak kan pekak atas sebab yang kecik-kecik tu..
Tapi kita perlu ingat,kita tak tahu sampai bila kita hidup..
kalau umur kita panjang,umur 40 pulak kite mempunyai masalah pendengaran,nak ke kita??

Oleh sebab tu,kita jangan memandang remeh terhadap telinga kite..
Jangan ia dengan baik..


Aku tak buat entri ni secara tersusun sebab aku tulis ape yang aku catat dalam kelas dan apa yang aku ingat pensyarah aku cerita dalam kelas tu.. 
Aku harap ilmu yang aku dapat ni boleh kite manfaatkan sama-sama..

Kbai~

Assalamualaikkum :)



kakinota: seronok belajar bahasa isyarat! ^_^

5 org shomel komen post cikNinie:

Unknown said...

yup, kadg2 selsema, telinge jd pekak sat... ha2...
jgn lupe jengguk http://rendanghangus.blogspot.com/

cikNinie said...

cik Rendang:: hehehe..sebab hidung,telinga dan tekak melalui rongga yg same kan?? huhuhu
insyaAllah i will.. :)

Anonymous said...

oo..mcmtu...huhu =)

Fahmi Jaafar said...

wah aku slalu pasang earphone.. sehari dlm 3-4 jam gak kot.. harap2 xde pape..:(

cikNinie said...

Anonymus:: ye..mcm tu..hehe :)

Peep:: perghh~ agak bhye di situ..better ko hati2..kurgkan laaa..xpun,volume jgn kuat sgt k.. :)

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review