Thursday 19 May 2011

Tak payah nak GAY 'sangat'lah kan..

Coretan Gediks cikNinie pada Thursday, May 19, 2011
Assalamualaikum..
.
.
.
Menaip kembali selepas beberapa ketika aku tak menaip di sini..
Biasalah..bila dah balik rumah,Pesbuk pun aku jarang-jarang layan..
Entahlah. Mungkin sebab aku rasa aku tak berapa memerlukan Pesbuk apabila di rumah..
So,aku pun jarang-jaranglah dapat update Belog kesayangan aku ni..
.
.
Aku nak cerita pasal sesuatu ni..
Aku tiba-tiba rasa nak bercerita pasal ni sebab aku ternampak Pesbuk Mamat ni di wall Pesbuk member aku..
Yang menyebabkan aku beria-ia sangat menaip ni sebab NAMA Pesbuk dia penuh ISLAMIC tapi profile picture dia bapak sengal! gambar lelaki berpelukan dengan lelaki..

TAK PAYAH NAK GAY SANGATLAH KAN~

ok! mungkin ada gambar dia tak sedasyat gambar orang lain yang lebih terdedah..
tapi kalau KO nak letak gambar KO yang agaks tak senonoh tu,TAKPAYAH letak nama KO yang SEDAP dan ISLAMIC tu..sangat sangat tak sesuai weyh~

Aku nak sangat PrintScreen KO punya profile tu..yelah,sejak menjak dua menjak aku pandai memprint screen ni..kuikuikui..
Tapi..aku malas nak memalukan orang..
Aku tulis ni secara rawak la ye..Kalau ada yg terasa nasiblah..
Kalau nak saman aku pun,silakan ar..aku boleh upah Peguam Free! *Adek Aku,Dayah!
huhuhuhu...

Haisyhh~ sedih aku melihat golongan-golongan ni..
Berpasangan sesama jantina..tak kira la lelaki dengan lelaki mahupun perempuan dengan perempuan.
Tuhan dah jadikan kita cukup sempurna..
berpasangan antara lelaki dan perempuan..


DALAM amalan kontemporari, perkataan ‘gay’ biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang iaitu berkaitan emosi, romantik, seksual atau tarikan kecintaan kepada yang lain.
Terma homoseksual merujuk kepada kelakuan seksual atau tarikan antara manusia sama jenis.
Perkataan ‘gay’ dikatakan berasal daripada bahasa Perancis lama iaitu ‘gai’. Pada peringkat awal, ‘gay’ membawa beberapa pengertian seperti ‘rasa bebas tanpa kerungsingan’, ‘gembira’ atau ‘riang dan suka menunjuk-nunjuk.’
Hari ini, ‘gay’ lebih cenderung membawa maksud hubungan jenis sesama jantina, dipanggil juga homoseksual (liwat), tetapi biasanya ia merujuk kepada lelaki sesama lelaki.
Bukan sedikit mereka yang terbabit dengan aktiviti terbabit, malah di Barat, ia menjadi budaya yang semakin luas pengaruhnya.
Tidakkah ia suatu fenomena yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia?
Bagaimana Islam melihat situasi ini?
Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata hubungan seksual luar tabie seperti itu adalah haram dan tergolong dalam dosa besar.
“Di zaman kaum Nabi Luth di tengah padang pasir menjadi lautan kerana mereka suka pada lelaki.
“Walaupun ada perempuan, mereka tidak suka, hanya berminat pada lelaki iaitu sama jenis dengan mereka,” katanya.


Di negara ini, kewujudan kaum gay memang ditolak walaupun tiada perangkaan rasmi.
Laporan Harian Metro mengenai ‘gay jamban’ baru-baru ini menunjukkan homoseksual semakin menular di ibu kota terutama di kalangan belia, pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, malah pelancong asing.
Lebih teruk apabila mereka tanpa segan dan bersalah turut menjadikan tandas awam di pusat beli-belah sebagai lokasi memadu asmara, bercumbuan atau melakukan hubungan seksual dengan pasangan sejenis.
Tabiat suka kepada pasangan sejenis bermula pada zaman kaum Nabi Luth a.s, apabila mereka tidak cenderung kepada golongan wanita.
Kaumnya lari daripada fitrah. Hidup mereka menentang arus, mengikut nafsu serakah tanpa mempedulikan nilai agama dan kemasyarakatan.
Walaupun Nabi Luth menasihati mereka, ia tidak diterima sedikitpun, sehinggakan tetamu baginda sendiri mahu diusik. Disebabkan itu, mereka ditimpa musibah yang sungguh dahsyat, buminya tenggalam sehingga menjadi lautan.
Kisah ini diceritakan dalam al-Quran melalui beberapa surah, antaranya surah al-Akabuut, an-Naml dan al-Hijr.
 “Dan Nabi Luth juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.” (an-Naml:54-55)
“Nabi Luth berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan. Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.
“Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.” (al-Hijr: 71-74)
Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)

Mohd Rani berkata, kisah membabitkan kaum Luth itu tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diambil ingatan dan pengajaran semua pihak.

“Tetapi sekarang ini orang sudah lupa sejarah kerana kepuasan nafsu semata-mata. Nabi tidak mengaku umat bagi lelaki yang suka kepada lelaki,” katanya.
Beliau berkata, golongan gay tidak boleh dibiarkan, sebaliknya perlu diambil tindakan dengan pendidikan secukupnya.
“Kena tarbiyah dan bagi bimbingan supaya mereka tidak berterusan dalam perbuatan itu. Ajaran agama perlu diberikan secukupnya supaya mereka boleh kembali hidup dan bekerja seperti orang biasa.
“Jangan pula nanti kegiatan itu seperti satu kerjaya yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka perlu diajak dan dibimbing secara khusus,” katanya.
Beliau tidak mempertikaikan kewujudan lelaki lembut dan tidak mempersalahkan mereka kerana perwatakan sedemikian adalah ciptaan Tuhan juga, cuma yang perlu dipastikan ialah tidak terbabit dengan gejala homoseksual.
“Tuhan menjadikan begitu (lembut) tidak boleh menghina mereka. Tidak semua orang lembut melakukan aktiviti macam itu.
“Menjadi masalahnya ialah mereka diperalatkan golongan lelaki bertubuh kasar untuk melepaskan nafsu,” katanya.
Beliau mengajak golongan yang terbabit dengan homoseksual supaya kembali kepada fitrah kemanusiaan dan segera bertaubat kerana dengan taubat, dosa mereka mudah-mudahan diampunkan Allah.
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata secara fitrah setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis.
“Bagi menjaganya, Islam menganjurkan ikatan perkahwinan. Apabila seorang wanita telah berkahwin, suami mempunyai hak dan tanggungjawab sepenuhnya ke atasnya,” katanya.
Menurutnya, gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
“Kecenderungan sedemikian adalah suatu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan. Kegilaan dan ketagihan sedemikian hanya boleh dihilangkan apabila hukuman berat dijatuhkan ke atasnya selain manusia sendiri mengubahnya,” katanya.


Pengajarannya adalah sama untuk wanita yang berhubungan dengan wanita..



TAK PAYAH NAK LESBO SANGAT LA KAN~

Geli doh~ Aku ni ada rupa lesbo ke? Apsal la ramai sangat lesbo yang 'goda' aku?
=_="

Ya Allah..jauhkanlah aku dan keluargaku serta sahabatku daripada golongan-golongan(gay/lesbian) ini..
amin..

Akhir Zaman..Ni lah antara petanda kecil Kiamat..


ok!

Sekian!



p/s:: terpaksa habes di sini dulu..ada tetamu datang rumah! cauuu~!!

1 org shomel komen post cikNinie:

FaiRuZa HaMZaH said...

sangat berguna semua info tu.thanx sebab share! sayang ko wani..haha...bkn les taw..tapi sebagai kawan yang selalu mengingatkan..;-)

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review