Wednesday 4 May 2011

Jom tonton SERU! serammm!!!

Coretan Gediks cikNinie pada Wednesday, May 04, 2011
Assalamualaikum..
.
.
Hye korang! Buat apa cuti hujung minggu ni..Jom la tengok wayang..Aku nak kongsi sedikit movie yang aku baru layan hari ni..Aku dengan kawan-kawan aku tonton movie SERU..Aku galakkan korang tengok cerita ni sebab syok der!! 

takpelah..biar aku cerita lebih lanjut,(sinopsis) untuk menarik korang ke panggung wayang terdekat! kuikuikui..



Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat pengambaran. Semasa pengambaran berlangsung ,terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa pengambaran sedang berlangsung, diikuti dengan jurumekap,(Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri tanpa sedar.

Juru kamera Syam dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan pengambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit(Lina) telah mengarahkan untuk Sari dihantar ke hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan telah berlaku yang menyebabkan keadaan tidak terkawal..Semua siri pembunuhan ini telah disebabkan oleh ................................................................................. . . . .
.
.
.
.
.
.
.
.

TENGOK LAH SENDIRI~!!!
.
.
huahuahua!!

Pelakonnya ramai yang tak kenal tapi ada jugak yang korang kenal..Antaranya,Shanaz,Nisha Dil,dan lain-lain..sebab aku pun tak kenal..hauhuahuahua..ade Awal Ashari,Nora Danish dan Piere Andre jugak!


Tapi serius,cerita ni memang agak memeningkan sebab kamera dia banyak bergerak tapi nampak REAL der!! Kita rasa macam kita yang nampak hantu tu depan mata..siott je der! 
Kamera dia banyak bergerak sebab Konon-kononnya kamera tu sentiasa dihidupkan dan dirakam oleh mereka..

Syok ar..puas hati sebab agak menakutkan dan bengang sebab ada bunuh-bunuh kan.
Ala-ala psiko jugak la..Cuma endingnya aku tak puas hati sikit sebab aku harapkan endingnya lain sikit..

Ok!
Mungkin ada ramai yang dah tengok filem ni..jangan gelakkan aku sebab aku baru tengok ok!
Kepada yang belum tengok,ayuh tengok filem ni..
Sokonglah filem tempatan! ^_^


Sekian!


p/s: meremang jugak bulu hidung aku tadi..adesss =_="


3 org shomel komen post cikNinie:

EU VENCI O CÂNCER! said...

AMEI SEU BLOG PARABENS POSTAGENS MARAVILHOSAS VOLTAREI MAIS VEZES POR AQUI BJOS

drlel said...

nak tengok tp aku balik msia 2 bulan lagi..download je r gamaknya..

cikNinie said...

lel:: 2 bulan je lagi ek lel?? wahh..xlame lg tuu..huhuhu..donlod2..syok gak cite ni..huhu

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review