Sunday 8 May 2011

SUPERWOMAN ku!

Coretan Gediks cikNinie pada Sunday, May 08, 2011
Assalamualaikum..

Luahkan kata sayang,maaf,di depan Ibu tersayang adalah perkara yang agak sukar untuk aku..Mungkin mudah untuk orang lain,tapi untuk aku,entahlah..aku pun tak tahu kenapa berat untuk berkata,"Mak..Selamat Hari Ibu" , "Mak,Selamat Hari Lahir","Mak,maafkan wani." apabila berhadapan dengan Mak Cantek..Tapi kan,apa yang aku sedar bila aku dah jauh dari Mak Cantek dan Abah Kacak,aku lebih mudah untuk mengatakan sayang dan rindu kepada mereka..Mungkin sebab hanya bercakap melalui enfon 3310 aku dan takde 3G pon enfon tu,dengan maksud yang lebih mudah iaitu tidak berhadapan la,face to face..Tapi confirm,kalau cakap dengan Mak Cantek bab-bab sayang,rindu ni,confirm aku leleh baik punya...

Mak Cantek aku lah SUPERWOMAN ku!

Kenapa aku berkata sedemikian rupa? sebab Mak Cantek mampu untuk melakukan segala-galanya.. AKu kagum dengan segala kebolehan Mak Cantek aku..aku akui,aku begitu banyak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan Mak Cantek aku..Sesungguhnya,Aku memang Tak Layak pun nak dibandingkan dengan Mak Cantek aku..

1) Mak melahirkan 5 orang anak
Mak Cantek telah melahirkan kami adik-beradik..seramai 5 orang..Bukan senang hendak melahirkan anak.. Siapa kata senang? Melahirkan anak merupakan sakit yang sampai tahap,nyawa dihujung tanduk.. Sebab tu kita sebagai anak..tolonglah jangan menderhaka kepada ibu bapa kita,terutamanya ibu kita..Sebab mereka pernah bertarung nyawa untuk memberi kita kehidupan! Tanpa mereka,siapalah kita..

2) Mak membesarkan kitorang 5 beradek
Wohoii..ingat senang ke nak membesarkan 5 orang budak yang gebus dan montel-montel sampai jadik BESAR macam ni? mencari rezeki..untuk memberi kami sesuap nasik..err~ macam tak cukup je..ok! tukar ayat..untuk memberi kami 3 hingga 4 pinggan nasik setiap seorang sekali makan..bukan senang weyh..aku membesar,duduk tinggal dengan Mak Abah aku selama 20 tahun tak pernah berpisah..Aku nampak penat lelah Mak Cantek mencari rezeki..dari kedai makan,membuka perusahaan makanan,ke hulur hilir berniaga..semuanya demi anak-anak nya..Aku dengar,aku lihat,aku nampak setiap keringat yang jatuh dari wajah indah Mak Cantek aku..Mak,mesti mak penat kan?? :'(

3) Mak pandai memasak
Siyes! Mak Cantek aku masak sedap..Mak Cantek & Abah Kacak aku pernah bukak restoran..tapi restoran tak ada tanda nama..huhu..selalu orang tanya aku,restoran mak abah namanya apa? dan jawapan aku ialah,RESTORAN TAKDE NAMA..huhuhu..even restoran kami simple-simple je tapi akibat penangan masakan Mak Cantek aku,alhamdulillah..hari-hari kedai kami tak pernah kosong dan sentiasa dihadiri peminat-peminat setia..hehehe..Teringat pesanan Mak Cantek & Abah Kacak ketika tu,"Pelanggan itu BOS..serve mereka sebaik mungkin,berikan mereka makanan yang halal dan sihat..berniaga bukan atas dasar untung je..anggap ianya sebagai ibadah..Orang nak makan,kita juallah makanan.." ^_^

4) Mak TAK TAKUT binatang berbahaya!
Mak Cantek aku pernah tangkap ular yang panjang dan besar di rumah nenek aku..Perghhh! siyes..Orang lain sangat cuak tapi Mak Cantek aku gagahkan dirinya untuk menangkap dan membunuh ular berkenaan...Tangkap tikus..tangkap segala-gala la..huhuhu..Aku tak pernah nampak Mak Cantek takut dengan binatang berbahaya ni..Tapi aku yakin,perasaan takut tu mesti ade walaupun sedikit..Tapi,demi keselamatan orang-orang sekelilingnya,Mak Cantek memberanikan dirinya...Mak Cantek memang HOT!

5) Mak pandai Menjahit..
Mak pandai menjahit..cuma sekarang mesin jahit pun dah pencen,so Mak Cantek pun dah lama tak menjahit..lagipun,Mak Cantek lebih prefer untuk hantar kedai je sekarang ni kalau nak jahit apa-apa.. Seingat aku,Mak Cantek boleh jahit langsir...dulu-dulu langsir rumah kitorang made by Mak Cantek tauu..Lawa der~  Segala koyak Mak Cantek jahit,mulut bising memekak-mekak pun Mak Cantek boleh jahitkan..hehehe

6) Mak pandai bermain dengan wayar..
bermain wayar tu maksudnya,Mak Cantek aku pandai jugak betulkan wayar-wayar elektrik yang agak-agak lussss tau..setakat wayar TV,astro tu memang Mak Cantek aku dah khatam dah..aku pulak yang terpinga-pinga tengok Mak Cantek dok bermain dengan wayar,pluck and so on la..

7) Mak aku Mementingkan Kecantikan dan Kesihatan
Hah..Mak Cantek aku..walaupun sudah agak berumur sedikit,Mak Cantek masih anggun kan?? Ini kerana Mak Cantek mementingkan penjagaan muka,dalaman dan luaran..Mak Cantek tak kisah berhabis untuk kecantikan dan kesihatan ni..Walaupun berhabis untuk anak-anak..

8) Mak pandai Berniaga
Alhamdulillah..perniagaan keluarga kitorang berjalan lancar sehingga kini..Ini juga adalah hasil titik peluh Mak Cantek aku..Mak Cantek pandai meniaga dan sering menerap minat meniaga ke dalam diri kami adik beradik..Mak Cantek pandai mencari peluang perniagaan..AKu selalu ingat pesan Mak Cantek,"Ingat,kita berniaga,bukan meminta sedekah..Jadi,takpayah malu"..Mak aku pesan ni ketika kami menjual kerepek di Putrajaya di tepi jalan..jual kepada pelancong..masuk ke dalam bas,jual..Jujur,kami memang malu tahap gaban ketika tu..budak-budak lagi,nak kene jual macam ni pulak..tapi bila Mak Cantek pesan sebegini,aku jadi yakin dan dapat menjual dengan slumbernya..
Sempena HARI IBU ni,Wani ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Puan AZAMAH ALI kerana telah menjadi MAK YANG TERBAIK iaitu SUPERWOMAN kepada kami..

9) Mak tak marah,tapi pujuk
Aku paling teringat Mak Cantek belikan aku basikal sebab nak pujuk aku..Tapi,aku sendiri lupa lah kenapa aku merajuk ketika tu..huhu..yang aku ingat,aku merajuk dengan Mak Cantek aku atas sebab yang memang aku rasa macam tacing sikit ar...jadi,aku stay di rumah Nenek Anggun aku je..Aku balik rumah pun untuk mandi je..(rumah nenek Anggun Aku sebelah rumah Aku).
Aku tak bercakap dengan Mak Cantek pun,bila Mak tanya sepatah Aku pun jawab sepatah..pastu Bla.. Ya Allah..aku rasa berdosa sangat ketika tu..Mak Cantek macam perasan aku merajuk,Mak Cantek cuba untuk bertanya banyak soalan dengan aku..tapi aku masih macam tu..sengal la aku..padehal umur aku dah 19 tahun..lepas STPM..haisyhh..Korang nak tahu Mak Cantek aku buat apa? Sedang syok-syok aku lepak kat rumah Nenek Anggun aku tengok TV,tiba-tiba Adik aku panggil aku..Aku pun pergi la keluar rumah..Tengok-tengok Mak Cantek belikan aku basikal!! Untuk adil,Mak belikan 3 basikal sekaligus.. Untuk adek-adek aku jugak.. Aku punyalah gembira tahap cipan terus lari dapatkan basikal aku! Aku nampak Mak Cantek senyum..dalam hati aku menjerit-jerit,"terime kaseh Mak! terime kaseh Mak! Wany sayang Mak! Maafkan wany Mak!" aku tahu macam mana nak cakap dengan Mak Cantek aku..Aku bukan merajuk sangat pun,aku cuma ermmm~ entahlah..aku tak tahu nak cakap macam mana..Tapi,
Sebelum aku merajuk,aku memang dah lama cakap yang aku teringin nak ada basikal..konon-konon nak exercise..tapi macam tu je la..so,aku tak sangka Mak Cantek ingat pasal tu dan belikan untuk aku...
Terus aku hilang merajuk lepas tu..huhuhu..Nak tahu tak? Sehari selepas aku naik basikal keliling kampung aku ada mengadu dekat Mak Cantek yang punggung aku sakit naik basikal tu..Keesokan harinya,ada bantal kecik kat tempat duduk basikal tu..siyes memang selesa ar dan tak sakit punggung lagi.. 
Mak..Terima Kaseh Mak.. :'(

Actually banyak lagi..tapi aku dah sakit kepala akibat menyedut hingus ni..
huhuhu..lelehan hingus yang masinnnn~ lalalalalaaa~

Di Pesbuk,kami adek beradek telah menukar profile Picture kitorang dengan gambar mak Cantek kami!


Ni pulak di wall Mak Cantek aku..Setiap ucapan kami ada di sini.. Abang aku,Fareasy..
Kakak aku,Faryha..Adek aku,Hidayah..dan Aku,Shazwany..
Tapi..
Mane adek bongsu aku???



Ni diaaa!! ucapan dia paling awal..so,terpisah di bawah sikit..
Paling awal dan paling pendek ke Nuar oi?? haha..its ok..yang penting isinya tu.. ^_^

.
.
.
.
.
tetiba pada jam 4.17 am..adek aku,Dayah keluarkan Status yang agak membuat aku tacing malam ni..
Aku jauh weyh..6 jam perjalanan kereta atau 50minit perjalanan flight Penang-LCCT tambah dengan 50 minit perjalanan LCCT-Rumah Aku adalah jarak masa yang memisahkan aku dengan mereka..Aku agaks lemah ar bab-bab macam ni..mengundang titisan air mata dan hingus untuk turun ke bumi..
:'( siyes rindu Mak Cantek & Abah Kacak aku..
Tak segan aku cakap,aku rindu siblings aku jugak..Walaupun diorang suka gelakkan aku kalau aku nangis,tapi takpela..Aku sayang diorang jugak..


Fuhhh..berbaldi-baldi air mata aku kalau terus menulis pasal ni..Aku rindu sangat Mak Cantek aku.. Dah tak boleh tidur dah ni..

Warkah untuk Mak Cantek..

Mak..
Maafkan wany Mak..
Untuk segala dosa dan kesalahan wany..

Terima kasih Mak..
Terima Kasih untuk segala yang Mak telah berikan kepada Wany..

Wany rindu dan sayang Mak sangat-sangat..
Wany sentiasa mengingati,mendoakan untuk Mak di sini..
Semoga Allah memberkatimu wahai bondaku..
Wany nak peluk cium Mak...
sayang mak sangat-sangat! mak sayang wany kan?
cintaku 100%..

Selamat Hari Ibu Puan Azamah ALi..


i love u so much mummy!


ok! Sekian!



mood: jiwa terusik!




0 org shomel komen post cikNinie:

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review