Sunday 17 July 2011

Aku berSAIZ XL+,namun Aku mahu BerGAYA..

Coretan Gediks cikNinie pada Sunday, July 17, 2011
Assalamualaikum..
Hye korang..Dah lame aku tak mengupdate belog ni..rindu juga la..
Hah..untuk entri kali ni aku nak kongsikan tentang helah berfesyen bagi yang bersaiz debab ala-ala saya..
.
.
@Pakaila 'blazer' atau kardigan labuh..tak perlu dibutangkan untuk memaksimumkan garisan bujur pada penampilan kita.

@Kepada yang memakai skarf,kenakan skaf secara memanjang ke bawah dan bukan melintang.. Ikat dengan kemas di leher..so orang nampak pun konon-konon langsing bebenor leher kite tu kan..


@Pakai kasut tinggi..kasut tinggi akan menaikkan bentuk pinggul kite dan akan menjadikan kita lebih tinggi dan memberikan ilusi yang langsing kepada kita.. tapi ingat,tumit tu janganlah yg tirus tu..kalau boleh yg tebal..So,takdelah masuk berita 'Si Debab Jatuh Tergolek Sebab Tumit Patah'..hihihi (gelak kepada diri sendiri)

@Pakai kasut berhujung tajam..Mak aku selalu marah aku sebab suka pakai kasut Crocs..alaa,kasut tu comel kot,ade gambar hello kitty..hhehe..tapi sebenarnya kita kena elakkan memakai kasut yang berbentu bulat atau segi empat di depannya..utk menghasilkan bentuk kaki yg kurus dan cantik..tp pastikan selesa jugak ye..jangan sampai tak bernafas pula kaki cantik kite tu.. :p

@Bab corak pulak..Corak ni memang cantik..tapi ingat kita harus berhati-hati dengan corak tau sebab kalau kita tersilap pilih corak,kita akan kelihatan lebih besar daripada biasa. Rahsia terbaik untuk kita ialah pilihlah corak untuk bahagian bawah misalnya dibahagian bawah tubuh ,khususnya seluar dan skirt. padankan dengan baju berwarna gelap. ELAKKAn memakai baju yang penuh dgn corak..

@Ni KHUSUS untuk wanita la kan,bra wanita bersaiz besar ni cepat mudah rosak..stress je kan.. kalau korang perasan tali bra sudah tidak elok,gantikan dengan segera. Perlu diingat,bra yang bagus penting untuk penampilan yang menarik..



@Perhiasan wanita tak semestinya bersaiz kecil sahaja. Belilah dan guna perhiasan yang bersaiz besar dan bermutu dan boleh dipadankan dengan pakaian anda..Tp jgn terlalu penuh,sesak nafas weyhhh!! hihi


@Jangan takut untuk memakai gaun..gaun yang berat akan menjadikan badan kita lebih kecil dan rata. Pakai gaun yg labuh sampai paras lutu agar kelihatan lebih langsing...kita boleh padankan dengan seluar jeans atau seluar yang lain..

@Jangan pakai legging! Aduyaii..tak berapa cantik kot bila debab pakai legging..montok sangat rasenye kan..lagipun bukannya kita akan kelihatan langsing pun,nampak lebih debab adelah..

Ok..
Aku  harap helah-helah ini dapatlah membantu kita yang sesangat risau pasal fesyen ni kan.. Aku tak cakap orang lain..Ni untuk diri saya sendiri juga..Aku cuma nak kongsi-kongsi..Hope korang ok! 

ok sekian! ^_^

0 org shomel komen post cikNinie:

Post a Comment

 

Pondok cikNinie Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review